13 September 2018

Cara Saya Mengulang al-Quran


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 3 Muharram 1440H. Seperti orang ramai-ramai, apabila masuknya sesi baru, tidak kira lah sama ada sesi kuliah, umur baru (hari jadi) atau ulang tahun perkahwinan mesti masing-masing ada azam dan harapan yang ingin dicapai. Kebiasaannya masuk tahun baru lah, orang membara semangatnya memasang azam dan impian untuk dikejar. 

Sempena tahun baru Hijrah ini, saya pun tidak terlepas daripada memasang azam dan life goal untuk dilaksanakan. Antara azam saya ialah, mahu berdisiplin mengulang al-Quran  dan ikut betul-betul jadual murajaah yang telah saya sediakan. 

Satu perkara yang ingin saya tekankan ialah, setiap orang ada teknik dan jadual masing-masing. Jangan mendabik dada bahawa cara kita adalah yang terbaik dan memaksa orang lain ikut kita. Sebab setiap orang berbeza kadar kemampuan dan komitmen masing-masing untuk murajaah. Tepuk dada, tanya lah diri sendiri, apa cara yang terbaik untukku menjaga hafalan 30 juzuk ini.

So, ini cara saya. Here we go…

Saya membahagikan murajaah al-Quran kepada tiga bahagian : 

1.   Tasmik baru
2.   Wirid tiga juz
3.   Ulang hafalan lama

Setiap hari, saya kena selesaikan ketiga-tiga bahagian ini.

Saya bagi contoh situasi orang yang ingat setakat juz 10 sahaja supaya mudah untuk dibayangkan. Keterangannya adalah sepeti berikut :

1.   Tasmik Baru

·        Juzuk yang sudah lupa. Bermula juzuk 11 dia kena hafal balik.
·        Hafal balik sebanyak 1 maqra' ( +- 2 1/2 muka surat) setiap hari. 
·        Tasmik setiap dua hari. Maknanya sekali tasmik, 2 maqra' (+- 5 muka surat). Carilah partner masing-masing.

2.   Wirid 3 Juz

·        Baca, baca dan baca. Hadnya hingga juzuk yang lupa. Maknanya dari juzuk 1-10 kena ulang ulang.
·        Contoh :
-       Hari Ahad juz 1,2,3
-       Isnin 4,5,6
-       Selasa 7,8,9
-       Rabu 10,1,2
-       Begitulah seterusnya.
·        Apabila juz 11 sudah selesai tasmik semuanya, masukkan dalam list wirid ini.

1.   Ulang Hafalan Lama

·        Dalam 1-10 juz itu, mesti ada yang kita ingat-ingat lupa kan, jadi ulang balik hingga lancar.
·        Kadarnya ikut kemampuan. 1/4 atau 1/2 juz pun sudah memadai.


     Ini jadual saya : 

Abaikan tentang matan tu. Saya letakkan sekali untuk pengajian bidang saya. 
Hijau   = Selesai
Merah = Tidak selesai

Nota :
·        1/8 itu mengikut maqra’. Satu juzuk al-Quran kan ada lapan maqra’ (simbol bintang tu).
·        Jangan terburu-buru mengejar juzuk untuk diingat. Pastikan betul-betul lancar, baru berpindah ke muka surat yang lain. Bagi item (Tasmik Baru), selagi belum lancar juzuk yang dihafaz, jangan sesekali berpindah ke juzuk seterusnya.
·        Untuk (Wirid 3 Juzuk), kalau mampu tambah juzuk, itu lagi baik. Lima juzuk sehari ke.
·        Kalau istiqamah, sebulan boleh ingat 3 juzuk yang baru insyaAllah.

Ini sahaja perkongsian saya untuk 1st entry ini. Kalau rasa cara saya ini anda boleh aplikasikan, saya berbesar hati mengalu-alukannya. 

Semoga bermanfaat! 😁